Majlis buka puasa Berita Harian bersama Tan See Leng

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis buka puasa Berita Harian bersama Tan See Leng

Apr 23, 2022 | 5:30 AM

Majlis buka puasa Berita Harian bersama Tan See Leng

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MAJLIS BUKA PUASA: Dr Tan See Leng (belakang, tiga dari kanan) dan Encik Saat A. Rahman (belakang, paling kiri) bersama kakitangan dan wartawan BH di majlis berbuka puasa yang diadakan di restoran The Red Velvet di Village Hotel Bugis semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
MAJLIS BUKA PUASA: Dr Tan See Leng (belakang, tiga dari kanan) dan Encik Saat A. Rahman (belakang, paling kiri) bersama kakitangan dan wartawan BH di majlis berbuka puasa yang diadakan di restoran The Red Velvet di Village Hotel Bugis semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

DEMI mengeratkan hubungan bersama masyarakat terutama pemimpin pertubuhan dan karyawan Melayu/Islam, satu majlis berbuka puasa anjuran Berita Harian (BH) diadakan semalam.

Acara selama dua jam itu dihadiri Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.

Berucap di majlis yang diadakan di restoran The Red Velvet di Village Hotel Bugis, Dr Tan berkata:

"Saya rasa dua tahun yang lalu adalah masa yang amat sukar untuk semua terutama sekali masyarakat Melayu kita. Tapi, tahun ini saya turut berasa gembira kerana masyarakat Melayu kita sudah dapat menyambut Ramadan dan beraya kembali bersama keluarga tercinta."

Dr Tan memahami bahawa ia sukar untuk menjalani Ramadan di tengah-tengah kawalan pergerakan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan masyarakat Melayu/Islam dalam membantu pihak pemerintah memudahkan pelaksanaan langkah sekatan Covid-19 di sini.

Turut hadir majlis tersebut ialah Pengerusi SPH Media, Encik Khaw Boon Wan; Editor BH, Encik Saat A. Rahman; Presiden DPPMS, Encik Farid Khan; Presiden PPIS, Puan Hazlina Halim; Pakar Kardiologi, Dr Abdul Razakjr; serta ahli akar umbi Marine Parade, Encik Raymond Gan.

Sekitar 50 tetamu, yang juga terdiri daripada asatizah dan kakitangan BH, menghadiri majlis semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg