Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Paduan pemimpin pelbagai agama

Jul 28, 2016 | 5:30 AM
BERGANDING BAHU: Para pemimpin agama menghadiri jamuan teh Aidilfitri yang dihos Mufti (enam dari kiri) di Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah semalam. Dalam ucapannya, Mufti mengajak pemimpin pelbagai agama berganding bahu dalam usaha menentang ideologi pengganas. - Foto-foto TUKIMAN WARJI
BERGANDING BAHU: Para pemimpin agama menghadiri jamuan teh Aidilfitri yang dihos Mufti (enam dari kiri) di Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah semalam. Dalam ucapannya, Mufti mengajak pemimpin pelbagai agama berganding bahu dalam usaha menentang ideologi pengganas. - Foto-foto TUKIMAN WARJI -

PEMIMPIN pelbagai agama berkumpul dalam satu jamuan teh sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Harmoni, di Masjid An-Nahdhah di Bishan, semalam.

Majlis itu dihos Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Sekitar 50 orang hadir di majlis itu, termasuk pemimpin masyarakat Yahudi di Singapura Mordechai Abergel, dan Ketua Pusat Harmoni, Ustaz Mohamed Ali Atan.

Hadirin turut mendengar perkembangan terkini usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pusat Harmoni dalam memelihara keharmonian antara kaum dan agama di Singapura.

Antara yang hadir termasuk Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar.

Dalam ucapannya, Mufti mengajak pemimpin agama berganding bahu dan bersatu padu dalam usaha mengatasi fahaman pelampau keagamaan yang semakin meningkat.

Beliau turut menggariskan pentingnya perpaduan dalam kepelbagaian dan perbezaan.

Kepelbagaian boleh menjadi satu sumber kekuatan jika dimanfaatkan kebaikan daripada pengalaman dan ilmu daripada masyarakat dan individu berbeza, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg