Topic followed successfully
Go to BHkuMajlis kahwin penuh dengan watak fantasi
Premium
Majlis kahwin penuh dengan watak fantasi
Pasangan muda yang mendapat inspirasi daripada filem dan tema elegan dari Barat kini mula merubah corak majlis perkahwinan Melayu yang ada hari ini. Ada di antara mereka mula beralih daripada budaya majlis persandingan biasa dengan mengadakan resepsi mengikut tema filem kegemaran pasangan, memilih dekorasi berkonsep kedesaan serta membuat dan mereka sendiri pelamin serta alat perhiasan perkahwinan. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau trend perkahwinan pasangan muda hari ini.
Jan 3, 2017 | 5:30 AM
Majlis kahwin penuh dengan watak fantasi
SEBAIK sahaja anda menjejakkan kaki ke majlis resepsi persandingan Encik Muhammad Zaki Ahmad dan Cik Siti Zahara Mohd Anuar, anda akan rasakan seolah-olah berada di abad pertengahan.
Ini kerana selain hiasan dan lagu daripada filem seperti Pirate of the Carribean, Lord of the Rings dan Harry Potter yang diputarkan semasa majlis tersebut, lebih separuh daripada 300 tetamu yang dijemput mengenakan pakaian ala abad pertengahan.

