Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis penyelaras baru dibentuk selaras usaha semua kumpulan keharmonian di S’pura

May 27, 2023 | 7:12 PM
SUNTIK KESEGARAN: (Dari kiri) Paderi Andrew Khoo; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan dan Setiausaha Tetap (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Tan Gee Keow semasa pelancaran logo baru Kumpulan Keharmonian di hotel Pan Pacific pada Sabtu.
SUNTIK KESEGARAN: (Dari kiri) Paderi Andrew Khoo; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan dan Setiausaha Tetap (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Tan Gee Keow semasa pelancaran logo baru Kumpulan Keharmonian di hotel Pan Pacific pada Sabtu. - Foto MCCY

KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah membentuk Majlis Penyelaras Kumpulan Keharmonian baru yang bertujuan menyelaraskan usaha merentas kesemua 93 Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama di Singapura.

Majlis Penyelaras Kumpulan Keharmonian itu dilantik secara rasmi di Majlis Pelantikan Nasional Kumpulan
Keharmonian Antara Kaum dan Agama yang diadakan buat julung kalinya di Singapura pada Sabtu.

Ia dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong selaku tetamu terhormat.

Majlis tersebut terdiri daripada 18 anggota yang merupakan pemimpin Kumpulan Keharmonian di Singapura, dan dipengerusikan Paderi Andrew Khoo, yang juga pengerusi Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama Chong Pang.

Salah seorang anggota majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan Keharmonian Jalan Kayu, Encik Muhammad Ismail, 40 tahun, yang menyandang jawatan naib pengerusi bagi Majlis Penyelaras Kumpulan Keharmonian.

Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama yang sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC), telah diberi nama baru pada Julai 2022 dengan rancangan untuk menyuntik kesegaran bagi program dan inisiatif yang dikendalikannya supaya dapat kekal relevan dan berkesan dalam menggalak keharmonian kaum dan agama dalam kalangan masyarakat setempat.

Encik Tong dalam ucapannya berkata bahawa anggota Kumpulan Keharmonian akan jalani program latihan berstruktur untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran serta ilmu relevan, contohnya pengendalian, pengantaraan, pemahaman silang agama serta persediaan bagi krisis.

“Kami juga akan melengkapi Kumpulan Keharmonian ini dengan kemahiran perhubungan dan wadah bagi perbaiki pendekatan mereka kepada masyarakat mereka. Dalam dunia digital yang bergerak pantas hari ini, kita perlu mendekati dan berinteraksi bersama orang ramai dalam ruang tersebut,” ujarnya.

Encik Tong menambah bahawa Kumpulan Keharmonian yang disuntik kesegaran ini akan memberi kesan yang lebih besar terhadap masyarakat menerusi tiga cara, iaitu dengan bersifat lebih inklusif, mempertingkat program agar ia mendorong lebih banyak interaksi antara masyarakat berbeza, serta meluaskan dan memperdalamkan minat daripada masyarakat untuk memperkukuh keharmonian sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg