Majlis walimah hampir dibatalkan selepas syarikat perancangan lesap
Premium
Majlis walimah hampir dibatalkan selepas syarikat perancangan lesap
Pasangan pengantin terima bantuan daripada saudara mara dan dapatkan khidmat syarikat lain
Feb 1, 2016 | 6:00 AM
MAJLIS WALIMAH HAMPIR DIBATALKAN: Pasangan Encik Husni Mubarak dan Cik Nurshila mendapat ucapan 'Selamat Tahun Baru' sebelum pemilik syarikat Urbane Wedding Concept menghilangkan diri. - Foto TAUFIK A. KADER -
PENGALAMAN mengambil pakej walimah bersama syarikat perancang perkahwinan setempat menjadi mimpi ngeri buat pasangan Encik Husni Mubarak Kamaruddin dan Cik Nurshila Mansoor.
Pasangan itu hampir membatalkan majlis mereka pada 17 Januari lalu apabila syarikat itu, Urbane Wedding Concept, dikatakan lesap dan gagal melaksanakan perjanjian mereka.

