Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majoriti pekerja asing dijangka kembali bekerja akhir Ogos

Aug 6, 2020 | 7:47 PM
49539de4-27bf-47ba-8850-75cc5ef98371
-

HAMPIR semua pekerja asing akan bebas dari jangkitan Covid-19 esok (7 Ogos) dan ramai di antara mereka dijangka kembali bekerja pada akhir bulan ini.

Ini bermakna kebanyakan kerja dan projek pembinaan dapat disambung semula tidak lama lagi, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong.

Namun dengan sebilangan pekerja yang masih berada di kemudahan pengasingan, jumlah kes Covid-19 harian akan berubah-ubah dalam tempoh dua minggu akan datang sedang mereka diuji.

Encik Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) berkata pihak berkuasa sedang cuba untuk mempercepatkan proses membenarkan pekerja asing ini kembali bekerja.

Bagaimanapun beliau menggesa syarikat binaan untuk mula menjalankan persediaan pengurusan yang selamat.

Antara lain, majikan harus menyediakan pengangkutan khusus antara tempat kerja dan tempat penginapan. Tapak pekerjaan juga perlu menggunakan teknologi seperti TraceTogether dan SafeEntry untuk memastikan penjejakan dan pematuhan.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk bekerja dengan majikan dan para pekerja untuk memastikan bahawa kegiatan pembinaan dan semua kegiatan yang berisiko tinggi akan dilakukan dengan cara yang lebih selamat," tambah Encik Wong.

Dalam pada itu, MOH turut mengumumkan bahawa kebanyakkan acara masih perlu terus dianjurkan secara maya buat masa ini, bagi mengurangkan pendedahan risiko keseluruhan di sini.

Ini termasuk perhimpunan dan sambutan besar-besaran di peringkat kebangsaan dan masyarakat seperti sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Sementara itu, majlis perkahwinan hanya dibenarkan kepada 50 orang, seperti yang diumumkan kelmarin dan hanya boleh diadakan di tempat-tempat terkawal seperti restoran, hotel, ruang serbaguna privet dan awam, menurut MOH lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg