Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majoriti pekerja yang diberhentikan RWS bulan lalu merupakan warga asing: MOM

Aug 6, 2020 | 9:17 PM
556c2af0-7459-43ab-be1e-51026f67d747
-

KEBANYAKAN 2,000 pekerja yang diberhentikan oleh Resorts World Sentosa (RWS) bulan lalu merupakan pekerja warga asing, sedang pengendali resort bersepadu itu berusaha mengurangkan kos dan gaji pihak pengurusan sebelum memberhentikan pekerjanya, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Menjawab pertanyaan media berikutan pemberhentian tersebut, MOM dalam kenyataannya berkata:

"Secara keseluruhan, selepas proses pemberhentian pekerja itu, RWS mempunyai barisan tenaga kerja warga Singapura yang lebih kuat. Purata pekerja tempatan telah meningkat dari 66 peratus kepada 75 peratus." Menurut MOM, RWS telah berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan mengurangkan gaji pengurusan sehingga 30 peratus. MOM turut menarik perhatian terhadap pampasan yang diberikan RWS kepada pekerja terjejas sambil berkata RWS telah mengikut "nasihat mengenai pampasan pemberhentian kerja akibat kesan Covid-19." RWS memberikan pembayaran sebanyak 0.5 bulan bagi setiap tahun perkhidmatan bagi mereka yang diberhentikan dan mereka juga layak mendapat faedah pemberhentian. Langkah itu adalah dalam had garis panduan tiga pihak untuk semua syarikat yang mengalami keadaan serupa. MOM berkata sekumpulan kecil pekerja yang baru diberhentikan RWS telah mengetengahkan kebimbangan dan meminta bantuan tambahan dari Kesatuan Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU) dan kementerian itu. RWS telah bekerja rapat dengan kesatuan itu untuk memastikan proses pemberhentian kerja dijalankan secara adil dan bertanggungjawab selaras dengan kenyataan Nasihat Tiga Pihak
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg