BERBUKA BERSAMA: Sekumpulan budak lelaki berbuka secara bersama dengan juadah yang disajikan atas dulang di Blok 159 Toa Payoh pada 1970-an.

Keriangan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak sedemikian, yang mana sajian secara bersama ini sering dilakukan dengan jiran tetangga atau saudara-mara.

Satu dulang boleh dikongsi antara tiga hingga empat orang dan terdiri daripada nasi, kuah dan buah-buahan segar.

Cara berbuka sedemikian juga adalah peluang bagi bertegur sapa dan berkongsi makanan yang ada antara satu sama lain serta mengukuhkan lagi jalinan hubungan.