Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Makanan percuma bagi golongan susah, pekerja berkorban semasa wabak

Nov 13, 2022 | 8:26 AM
GEMBLENG TENAGA: Relawan FFFA membantu menghantar makanan kepada penerima. - Foto FFFA
GEMBLENG TENAGA: Relawan FFFA membantu menghantar makanan kepada penerima. - Foto FFFA -

SEMPENA Hari Kebaikan Sedunia hari ini, badan amal Free Food For All (FFFA) membantu dan menyebarkan keceriaan kepada lebih 10,000 orang, daripada golongan memerlukan dan mereka yang berkorban sewaktu pandemik menerusi dua inisiatifnya bagi memupuk masyarakat lebih ihsan.

Sebanyak 10,000 makanan Barat, Cina dan India bento halal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan dengan kerjasama pembekal CP Foods.

Ia juga diagih kepada pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja migran bagi mengiktiraf pengorbanan mereka dan cabaran yang dihadapi mereka sewaktu Covid-19, menurut FFFA.

Seorang ahli lembaga FFFA, Encik Mohamad Faiz Selamat, berkata: "Objektif acara ini melebihi sekadar mengagih makanan lazat dan berkhasiat. Kami berharap perbuatan berkongsi makanan baik boleh menyemarakkan semangat menyebarkan kebaikan kepada semua, tidak kira bangsa, agama, kewarganegaraan dan status ekonomi."

Sabtu lalu, badan amal itu dengan sokongan Kelab Masyarakat Chong Pang melancarkan mesin layan diri mengandungi ayam beku siap untuk dimasak bagi keluarga berpendapatan rendah dan warga emas yang tinggal di Yishun.

Mesin di kolong Blok 162 Yishun Street 11 itu - salah satu blok sewa yang menerima khidmat FFFAl - melengkapi peti sejuk masyarakat yang dilancar di blok sama dua tahun lalu.

Selain itu, 150 keluarga telah menerima kad prabayar bagi mereka membeli ayam dari mesin tersebut.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang hadir bagi pelancaran semalam, berkata mesin layan diri itu satu inisiatif baik untuk menyediakan protein dan zat makanan lain kepada keluarga memerlukan. ▶ NUR HUMAIRA SAJAT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg