Topik diikuti
Pergi ke BHkuMakanan tambahan: 'Sentiasa hati-hati, semak bahan yang digunakan'
Makanan tambahan: 'Sentiasa hati-hati, semak bahan yang digunakan'
Makanan tambahan: 'Sentiasa hati-hati, semak bahan yang digunakan'
Baru-baru ini, isu pengambilan makanan tambahan mendapat perhatian. Pada 27 September lalu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membeli atau minum dua jus buah-buahan Jus Al Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif dan Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif kerana didapati mengandungi ubat steroid yang kuat dan tidak diisytiharkan. Ini bukan kali pertama HSA mengeluarkan amaran sebegitu berkaitan makanan tambahan yang berbahaya. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) mengupas topik ini dengan mengetengahkan pandangan pakar kesihatan, pengguna serta pembekal makanan tambahan.
WALAUPUN makanan tambahan atau suplemen mempunyai manfaat tersendiri, namun, doktor menggesa pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga tatkala membeli produk makanan tambahan.
