Topik diikuti
Pergi ke BHkuMakin sedar peranan jaga keamanan negara
Sejak ditubuhkan pada Julai tahun lalu, unit Komand Keselamatan Perlindungan (ProCom) Pasukan Polis Singapura (SPF) telah pun melatih lebih daripada setengah pegawai mereka yang terdiri daripada anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dan anggota kerahan NS (NSmen) SPF. Wartawan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) menemu bual dua pegawai ProCom yang mengongsikan pengalaman mereka bersama unit itu.
Makin sedar peranan jaga keamanan negara
SUATU ketika dahulu, apabila melihat pegawai polis membuat rondaan, seribu satu soalan akan timbul di benak Konstabel Khas (SC) Shafwatuddin Norisham tentang tugasan sebenar seorang anggota polis.
Meskipun tahu bahawa peranan utama pegawai polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara, beliau tetap ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi apakah tugas harian yang dijalankan pegawai polis negara.
