KelasMateMatika (KMM) merupakan satu program Yayasan Mendaki bagi memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat tahun hingga enam tahun dengan Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) supaya mereka lebih yakin melibatkan anak-anak dalam pembelajaran konsep asas numerasi.
* Ibu bapa dan kanak-kanak boleh hadiri program ini secara fizikal atau dalam talian.
* Peserta akan menerima subsidi penuh bagi penyertaan.
* Mereka yang tidak mempunyai alat-alat digital juga akan disokong dengan keperluan tersebut.
* Kunjungi portal MYMENDAKI untuk maklumat lanjut.
Pengambilan Fasilitator KelasMateMatika (KMM)
* Ingin menjadi fasilitator KMM? Dapatkan maklumat lanjut atau daftarkan diri menerusi laman https://bit.ly/
YM-KMMFacilitator.
* Sebagai fasilitator, anda akan mengendalikan kelas KMM bersama ibu bapa dan kanak-kanak secara dalam talian selama dua jam sepanjang lapan minggu berturut-turut. Kesemua fasilitator akan menjalani latihan wajib bagi memperkasa potensi sebagai tenaga pengajar.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg