Makmal ujian Covid-19 boleh dikerah bagi penyakit berjangkit lain: A*Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Makmal ujian Covid-19 boleh dikerah bagi penyakit berjangkit lain: A*Star

Apr 14, 2021 | 5:30 AM

Makmal ujian Covid-19 boleh dikerah bagi penyakit berjangkit lain: A*Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MAKMAL CANGGIH: Pengendali dari Makmal Stronghold Diagnostics, sedang membawa sampel ujian Covid-19 ke sistem BRAVE™, sistem berautomasi untuk pemprosesan sampel yang menggunakan teknologi Industri 4.0 seperti robotik dan pengesan bijak. - Foto A*STAR
MAKMAL CANGGIH: Pengendali dari Makmal Stronghold Diagnostics, sedang membawa sampel ujian Covid-19 ke sistem BRAVE™, sistem berautomasi untuk pemprosesan sampel yang menggunakan teknologi Industri 4.0 seperti robotik dan pengesan bijak. - Foto A*STAR -

USAHA vaksinasi Covid-19 sedang berjalan lancar di Singapura, sekali gus bermakna negara ini akan berada di landasan tepat untuk mencapai keadaan normal sebelum pandemik.

Namun negara ini akan terus mempertingkatkan persiapannya dalam menghadapi penyakit berjangkit pada masa depan.

Misalnya, Makmal Stronghold Diagnostics yang digunakan untuk ujian Covid-19 akan dikerahkan untuk usaha pemeriksaan lain pada masa depan, kata Profesor Patrick Tan, pengarah program pengasas makmal dan pengarah eksekutif Institut Genom Singapura Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), menurut laporan The Straits Times.

Makmal itu ditubuhkan bagi merangsang keupayaan menguji reaksi rantai polimerase (PCR) negara dan telah beroperasi sejak pertengahan 2020.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat melawat makmal itu yang terletak di Biopolis, hab bioperubatan Singapura di Buona Vista, kelmarin.

Dalam satu pos Facebook pagi semalam, Encik Heng mengucapkan terima kasih kepada saintis dan penyelidik di A*Star dan institusi kajian lain di Singapura di atas kerja mereka sambil menyifatkan mereka sebagai 'wira senyap', dalam usaha memerangi koronavirus.

"Mereka telah meninggalkan perbezaan yang nyata dalam respons pandemik.

"Saya kagum dengan perkongsian mereka tentang sains di sebalik inovasi seperti kit ujian diagnostik Fortitude dan cPass - ujian serologi pertama di dunia untuk meneutralkan antibodi," ujarnya.

Encik Heng, yang mempengerusikan Lembaga Yayasan Kajian Nasional (NRF) menambah bahawa beliau gembira yang A*Star bekerja rapat dengan sistem eko kajian dan pengembangan lebih luas Singapura serta syarikat privet untuk membangunkan huraian Covid-19 itu bersama.

"Ini adalah kerjasama kukuh yang penting untuk respons kolektif Singapura terhadap pandemik, dan adalah penting untuk kita terus memperkukuhkan kerjasama ini.

"Melalui cara ini, kita lebih bersedia menghadapi pandemik pada masa depan, termasuk Penyakit X," kata Encik Heng.

Makmal berkenaan ditubuhkan oleh A*Star dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan Yayasan Temasek, sebagai rakan industri strategi.

A*Star dan rakannya telah dihampiri oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyumbang kepada keupayaan menguji nasional.

Kemudahan menguji di makmal, yang ditubuhkan dalam makmal yang diubah suai di Biopolis, memanfaatkan kekuatan A*Star dalam sains bioperubatan dengan teknologi seperti automasi dan penjejakan bijak.

Latihan pengarah klinikal dan ujian makmal awal disediakan oleh NUHS, sementara Yayasan Temasek menyumbang alat ujian dan kit diagnostik.

Profesor Tan memberitahu The Straits Times bahawa makmal itu memproseskan ujian dari pelbagai sumber dan format, termasuk masyarakat setempat, dormitori dan hotel bagi notis jangan keluar rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg