Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Kajian Wanita Melayu: Manfaat kesihatan holistik pendorong amalan gaya hidup sihat

Memilih gaya hidup sihat seperti bersenam demi mencapai tahap kesihatan lebih baik kian menjadi amalan wanita Melayu setempat, terlihat pada kumpulan senaman yang mereka tubuhkan atau sertai. Namun, dapatan satu penyelidikan menunjukkan penceburan mereka itu lebih didorong oleh keinginan mereka mahu meraih kesihatan holistik, termasuk kesihatan rohani, emosi dan mental, bukan setakat kesihatan fizikal. DEWANI ABBAS (dewani@sph.com) menemu ramah guru yang menjalankan penyelidikan itu, penggiat senaman wanita Melayu yang terlibat dalam penyelidikan tersebut dan doktor keluarga yang aktif dalam aktiviti senaman.
Oct 24, 2016 | 5:30 AM
BUAT KAJIAN: Cik Elina Abdul Rashid, guru Maktab Rendah Temasek, dengan kertas penyelidikan kritikalnya bertajuk 'Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat' untuk ijazah Sarjana Pendidikan beliau. Dapatannya menunjukkan wanita Melayu paling mengutamakan kesihatan rohani, mental dan emosi diikuti kesihatan fizikal. - Foto TUKIMAN WARJI
BUAT KAJIAN: Cik Elina Abdul Rashid, guru Maktab Rendah Temasek, dengan kertas penyelidikan kritikalnya bertajuk 'Kesihatan Wanita Melayu Singapura: Satu kajian tentang motivasi dan keterlibatan mereka dalam gaya hidup sihat' untuk ijazah Sarjana Pendidikan beliau. Dapatannya menunjukkan wanita Melayu paling mengutamakan kesihatan rohani, mental dan emosi diikuti kesihatan fizikal. - Foto TUKIMAN WARJI -

APABILA Cik Elina Abdul Rashid selesai menjalankan satu penyelidikan kritikal untuk ijazah sarjananya mengenai apa yang merangsang wanita Melayu Singapura mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, beliau memperoleh dapatan yang baginya amat menarik dan belum disedarinya sebelum ini.

Dapatan itu memberinya bukan sahaja perspektif baru tentang motivasi di sebalik penceburan wanita-wanita itu dalam amalan sihat, malah sumber perangsang baru dalam kehidupan Cik Elina sendiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg