Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malam Krismas dan Tahun Baru: Khidmat tren, bas dilanjutkan

Dec 12, 2023 | 7:08 PM
MUDAHKAN PENUMPANG: Perkhidmatan bas dan kereta api terpilih akan dilanjutkan oleh SBS Transit pada malam Krismas dan malam Tahun Baru.
MUDAHKAN PENUMPANG: Perkhidmatan bas dan kereta api terpilih akan dilanjutkan oleh SBS Transit pada malam Krismas dan malam Tahun Baru. - Foto ST

Beberapa perkhidmatan bas dan kereta api akan dilanjutkan masa operasinya pada malam Krismas dan malam Tahun Baru pada 24 Disember dan 31 Disember, bagi membolehkan penumpang pulang selepas perayaan lewat tengah malam.

Perkhidmatan kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL) akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sejam 45 minit pada 24 Disember, dan sekurang-kurangnya dua jam 15 minit pada 31 Disember, kata SBS Transit dalam kenyataan pada 12 Disember.

Perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol juga akan berkhidmat lebih masa pada kedua-dua hari itu sehingga selepas kereta api NEL terakhir tiba di stesen pusat bandar, lapor The Straits Times (ST).

Pada malam Krismas, kereta api terakhir DTL yang menuju ke stesen Bukit Panjang, dan arah bertentangan yang menuju ke stesen Expo akan bertolak pada 1.36 pagi.

Kereta api terakhir NEL yang menuju ke Punggol akan bertolak dari stesen HarbourFront pada 1.47 pagi, manakala kereta api terakhir ke arah bertentangan akan bertolak pada 1.15 pagi.

Pada malam Tahun Baru, kereta api terakhir DTL dari stesen Bukit Panjang menuju ke stesen Expo akan bertolak pada 2.03 pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg