Topik diikuti
Pergi ke BHkuMalas nak bersembang? Penumpang Grab boleh pilih 'perjalanan senyap'
Malas nak bersembang? Penumpang Grab boleh pilih 'perjalanan senyap'
PENGGUNA Grab di Singapura kini boleh memilih perjalanan senyap, tanpa perbualan bersama pemandu dengan perkhidmatan "Quiet Ride" barunya.
Apabila menempah kereta sewa privet atau teksi, pengguna disediakan dengan pilihan untuk perjalanan senyap. Pengguna akan ditanya soalan seperti: "Tidak ada mood untuk bersembang? Cuba perjalanan senyap tanpa perbualan."
Perkhidmatan ini adalah percuma dan pemandu akan dimaklumkan tentang pilihan pengguna.
Namun, komunikasi penting seperti pengesahan nama penumpang, butiran perjalanan, atau sekiranya berlaku kecemasan masih di kekalkan, kata Grab.
Grab turut menambah bahawa pemandu masih dibenarkan untuk menjawab panggilan sewaktu dalam perjalanan.
Ciri ini tidak tersedia pada masa ini untuk aplikasi GrabShare dan GrabHitch.
Sebelum pelancarannya di Singapura, penumpang Grab di Malaysia telah menjalani uji cuba di mana mereka diberi pilihan untuk menaiki teksi dengan khidmat perjalanan senyap pada Oktober 2022 lalu.
Grab Malaysia sejak itu telah melancarkan perkhidmatan itu selepas beberapa bulan menjalani uji cuba.
Pilihan untuk perjalanan tanpa perbualan bersama pemandu juga telah dilancarkan di Australia oleh syarikat perkongsian Uber pada 2020 yang membenarkan pengguna memilih lebih awal sama ada mereka ingin perjalanan yang senyap atau tidak, kata Uber di laman web mereka.