SPH Logo mobile
Langgan|

Maliki ke Sumatera Utara, Aceh untuk lawatan kerja

Maliki ke Sumatera Utara, Aceh untuk lawatan kerja

Jul 9, 2023 | 8:17 PM

Maliki ke Sumatera Utara, Aceh untuk lawatan kerja

LAWATAN KERJA: Dr Mohamad Maliki Osman akan mengadakan lawatan kerja ke Sumatera Utara dan Aceh dari 10 hingga 14 Julai.
LAWATAN KERJA: Dr Mohamad Maliki Osman akan mengadakan lawatan kerja ke Sumatera Utara dan Aceh dari 10 hingga 14 Julai. - Foto fail

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), akan mengadakan lawatan kerja ke Sumatera Utara dan Aceh dari 10 hingga 14 Julai.

Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad memaklumkan beliau akan bertemu dengan pemimpin wilayah dan pemimpin tempatan serta pertubuhan agama di situ.

Dr Maliki juga akan menemui masyarakat peniaga serta pelajar dan fakulti di institusi pendidikan tempatan. Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk mengukuhkan hubungan dan meneroka kerjasama dengan pemimpin serantau dan wilayah Indonesia.

Beliau akan diiringi Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman dan pegawai MFA.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg