Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki ketengah empat isu boleh diperbaiki di mesyuarat G20 di Indonesia

Sep 10, 2022 | 5:30 AM
BERJABAT TANGAN: Dr Mohamad Maliki Osman (kanan) menemui Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia, Encik Suharso Monoarfa, di luar Mesyuarat Menteri Pembangunan G20. Antara lain mereka membincangkan kerjasama dua hala. - Foto MFA
BERJABAT TANGAN: Dr Mohamad Maliki Osman (kanan) menemui Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia, Encik Suharso Monoarfa, di luar Mesyuarat Menteri Pembangunan G20. Antara lain mereka membincangkan kerjasama dua hala. - Foto MFA -

MENTERI di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, mengongsi empat isu yang boleh diperbaiki di Mesyuarat Pembangunan Menteri G20 di Belitung, Indonesia.

Empat isu itu ialah transformasi digital, ketahanan bekalan rantaian, mekanisme pembiayaan inovatif dan transformasi hijau.

"Singapura kekal komited menyokong negara membangun dalam usaha ini dengan menyesuaikan program pembinaan kapasiti kami.

"Di bawah Program Kerjasama Singapura, Singapura telah melatih lebih 137,000 pegawai pemerintah negara asing sepanjang 30 tahun lalu dalam bidang seperti pembangunan mampan dan pengurusan bencana.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan G20 dalam usaha ini," kata Dr Maliki dalam ucapannya di mesyuarat itu.

Mesyuarat G20 itu diadakan dari 7 September hingga semalam. Ia mengesahkan kepentingan hubungan berbilang hala sebagai rangka kerja berkesan untuk negara-negara bekerjasama dalam menghadapi cabaran bersama.

Ini termasuk membantu negara membangun dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Selain itu, Dr Maliki mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatannya dari negara lain di luar mesyuarat tersebut.

Ini termasuk Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia, Encik Suharso Monoarfa; Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Jepun, Encik Takei Shunsuke; dan Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, Encik Faisal Fadel Al Ibrahim.

Dr Maliki dan rakan sejawatannya berbincang mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan penting dalam rantau ini dan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Singapura diundang ke mesyuarat itu sebagai Konvenor Kumpulan Tadbir Urus Global, yang merangkumi 30 anggota bersaiz kecil dan sederhana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berusaha memudahkan dialog lebih luas antara G20 dan keanggotaan PBB yang lebih besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg