Maliki pererat hubungan dengan rakan dari M'sia, Indo dan Brunei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki pererat hubungan dengan rakan dari M'sia, Indo dan Brunei

May 17, 2021 | 5:30 AM

Maliki pererat hubungan dengan rakan dari M'sia, Indo dan Brunei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PERERAT SILATURAHIM: Dr Maliki (kiri) menghubungi Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin, sempena Hari Raya Aidilfitri. - Foto FACEBOOK / MOHAMAD MALIKI OSMAN
PERERAT SILATURAHIM: Dr Maliki (kiri) menghubungi Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin, sempena Hari Raya Aidilfitri. - Foto FACEBOOK / MOHAMAD MALIKI OSMAN -

MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri dengan berhubungan melalui telefon video bersama rakan sejawatannya dari negara-negara jiran - Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin, dan Mayor Batam Encik Muhammad Rudi.

Selain itu, Dr Maliki juga telah berhubung dengan rakan lamanya - Pehin Isa Ibrahim; Pehin Halbi Yussof; Pehin Badaruddin Othman; Pehin Abdul Aziz Juned; Dato Amin Liew, Dato Erywan Yusof, dan Dato Hamzah Sulaiman dari Brunei pada Jumaat lalu.

Ini memandangkan Brunei menyambut 1 Syawal pada Jumaat lalu.

Dalam catatannya di Facebook semalam, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar, berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika pandemik Covid-19 ini bermakna kita harus mengurangkan interaksi sosial secara fizikal.

"Walaupun begitu, saya gembira dapat terus berhubungan dengan rakan-rakan di negara jiran dan saya harap kita dapat meneruskan berinteraksi bersemuka apabila keadaan pandemik Covid-19 bertambah baik nanti.

"Saya percaya kita semua akan muncul lebih kuat dari cabaran ini bersama," tambahnya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg