Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki: SM Tharman prihatin terhadap kemajuan masyarakat Melayu

Jun 10, 2023 | 7:35 PM
LANCAR KERJA NAIK TARAF: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam (ketiga dari kiri) bersama-sama Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), semasa pelancaran gerbang ikonik Geylang Serai yang akan dibina di persimpangan Geyang Road dengan Joo Chiat Road sebahagian kerja naik taraf kawasan itu.
LANCAR KERJA NAIK TARAF: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam (ketiga dari kiri) bersama-sama Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), semasa pelancaran gerbang ikonik Geylang Serai yang akan dibina di persimpangan Geyang Road dengan Joo Chiat Road sebahagian kerja naik taraf kawasan itu. - Foto ST

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, merupakan seorang pemimpin yang mempunyai hubungan “intim” dengan masyarakat Melayu Singapura dan peka terhadap pembangunannya, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman kepada media pada Sabtu.

Menyatakan demikian di samping majlis pecah tanah pelancaran kerja naik taraf sekitaran Geylang Serai, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), juga berkata Encik Tharman merupakan seorang yang bersifat inklusif dari segi pandangannya terhadap perkembangan masyarakat sejagat.

“Saya rasa beliau merupakan pemimpin yang begitu intim kepada masyarakat Melayu dan sensitif terhadap pembangunan masyarakat kita,” katanya

“Beliau merupakan seorang ‘champion’ (juara) dari aspek masyarakat kita yang berbilang kaum ini.

“Beliau merupakan seorang yang bersifat inklusif dari segi pandangan beliau dan kami terharu dengan pandangannya terhadap perkembangan masyarakat kita.”

Encik Tharman baru-baru ini telah meluahkan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang dan akan meletak jawatan dan bersara daripada politik.

Pada Sabtu, beliau hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pecah tanah tersebut sambil mengumumkan usaha pemerintah dalam memperingati legasi seniman legenda Arwah Tan Sri P. Ramlee.

Menyentuh tentang kehadiran Encik Tharman pada majlis itu, Dr Maliki berpendapat Encik Tharman prihatin terhadap kemajuan kawasan ikonik berkenaan, yang juga dekat pada hati masyarakat Melayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg