Maliki: S'pura akan promosi jaringan hubungan di Asean, kukuhkan rangkaian digital melalui Rangkaian Negara Bijak
Premium
Maliki: S'pura akan promosi jaringan hubungan di Asean, kukuhkan rangkaian digital melalui Rangkaian Negara Bijak
Mar 10, 2018 | 5:30 AM
PERERAT DAN PERKUKUH HUBUNGAN SERUMPUN: Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kanan), mengetengahkan peranan negara ini sebagai Pengerusi Asean semasa menghadiri Sidang Peringkat Menteri Program Serantau Asia Tenggara (SEARP) Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di Tokyo dari Rabu hingga kelmarin. - Foto KEMENTERIAN EHWAL LUAR -
SINGAPURA, sebagai pengerusi Asean, akan menumpukan perhatian mempromosikan jaringan hubungan di Asean serta mengukuhkan rangkaian digital melalui Rangkaian Negara Bijak, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Demikan antara intipati yang dikongsi Dr Maliki dalam Sidang Peringkat Menteri Program Serantau Asia Tenggara (SEARP) Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang diadakan di Tokyo, dari Rabu hingga kelmarin.

