Topik diikuti
Pergi ke BHkuMaliki susuri latihan di Kem Sungei Gedong
Maliki susuri latihan di Kem Sungei Gedong
Maliki susuri latihan di Kem Sungei Gedong
TUNGGAK PERTAHANAN SINGPURA: Dr Maliki, yang dirakam berinteraksi dengan anggota kerahan menjalani latihan di Kem Sungei Gedong semalam, melihat NS sebagai tunggak SAF dan pertahanan Singapura. - Foto MINDEF -
Oct 31, 2018 | 5:30 AM
MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, melawat Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Batalion Sokongan Khidmat Tempur ke-93 (CSSB 93) yang menjalani latihan dalam kem (ICT) di Kem Sungei Gedong semalam.
Dalam lawatannya, beliau diberi taklimat mengenai keupayaan pelbagai bahagian yang anggota kerahan akan kendali semasa ICT. Antaranya ialah stesen kecederaan batalion dan unit pembersihan air.