Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki tawar sokongan S’pura kepada Mesir bagi bantu warga Palestin

Nov 10, 2023 | 6:41 PM
HULUR BANTUAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menerima taklimat menyeluruh oleh Menteri Perpaduan Sosial Mesir Cik Nivine El-Kabbag mengenai situasi kemanusiaan di Gaza.
HULUR BANTUAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menerima taklimat menyeluruh oleh Menteri Perpaduan Sosial Mesir Cik Nivine El-Kabbag mengenai situasi kemanusiaan di Gaza. - Foto MFA

Semasa lawatan kerjanya di Kahirah, Mesir, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman sempat bertemu dengan Menteri Perpaduan Sosial Mesir, Cik Nivine El-Kabbag.

Dalam pertemuan itu, Dr Maliki, juga Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, menerima taklimat menyeluruh daripada Cik El-Kabbag mengenai situasi kemanusiaan di Gaza.

Beliau turut menawarkan bantuan Singapura untuk bekerjasama dengan kementerian Cik El-Kabbag dan pihak berkepentingan lain untuk membantu rakyat Palestin.

Dr Maliki sedang berada di negara itu untuk bertemu pemimpin negara tersebut dan wakil masyarakat perniagaan Singapura di Mesir dari 9 hingga 11 November.

Semasa di Mesir juga, Dr Maliki akan menyaksikan penyaluran bantuan kemanusiaan daripada Persatuan Palang Merah Singapura kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Sebelum ini, beliau telah melakukan lawatan kerja ke Algiers, Algeria, dari 7 hingga 8 November, untuk mengesahkan hubungan mesra dan berpanjangan antara Singapura dengan Algeria selama 40 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg