Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki ucap selamat Hari Raya kepada pemimpin Brunei, M'sia

May 6, 2022 | 5:30 AM
PERERAT HUBUNGAN SERANTAU: Dr Maliki (atas) menghubungi rakan dari Brunei dan Malaysia menerusi panggilan video untuk menyampaikan ucapan Hari Raya. Antara pemimpin yang dihubungi beliau ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei, Datuk Erywan Yusof. - Foto MALIKI OSMAN / FACEBOOK.
PERERAT HUBUNGAN SERANTAU: Dr Maliki (atas) menghubungi rakan dari Brunei dan Malaysia menerusi panggilan video untuk menyampaikan ucapan Hari Raya. Antara pemimpin yang dihubungi beliau ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei, Datuk Erywan Yusof. - Foto MALIKI OSMAN / FACEBOOK. -

MENTERI Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menyampaikan ucapan Hari Raya kepada pemimpin Brunei dan Malaysia menerusi beberapa panggilan video.

Antara pemimpin yang dihubungi beliau ialah Penasihat Khas kepada Sultan Brunei, Pehin Isa Ibrahim, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri; dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Saya gembira dapat berhubung dengan rakan-rakan dari negara jiran terdekat kita, menjadikan Hari Raya ini lebih istimewa.

"Dengan sempadan dibuka semula, saya menantikan untuk menyambung kembali pertemuan secara bersemuka dan mengalu-alukan mereka datang ke Singapura," kata Dr Maliki dalam satu pos di Facebook kelmarin.

Pemimpin lain yang dihubunginya di Brunei termasuk Mufti Pehin Abdul Aziz Juned; Menteri Ehwal Agama Pehin Badaruddin Othman; Menteri Kedua Pertahanan Pehin Halbi Yussof; Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Datuk Dr Amin Liew; Menteri Kedua Ehwal Luar Datuk Erywan Yusof; dan Menteri Pendidikan Datuk Hamzah Sulaiman.

Pemimpin lain Malaysia yang dihubungi beliau ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg