Topic followed successfully
Go to BHkuMaliki utusan khas Presiden dalam majlis
Maliki utusan khas Presiden dalam majlis
Jul 1, 2022 | 5:30 AM
Maliki utusan khas Presiden dalam majlis

-
MENTERI Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman (gambar), yang membuat lawatan ke Filipina kelmarin dan semalam telah menghadiri majlis pelantikan Presiden dipilih Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr.
Dr Maliki melakukan kunjungan itu sebagai utusan khas Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk menghadiri majlis pelantikan Encik Marcos Jr.
Dr Maliki ditemani pegawai Kementerian Ehwal Luar, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu kelmarin.

