Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man Utd mungkin beraksi di S'pura

Jan 26, 2016 | 5:29 PM
Gambar fail Reuters
Gambar fail Reuters -

PERBINCANGAN telah diadakan antara para pegawai Hab Sukan Singapura dengan kelab bola sepak Manchester United tentang kemungkinan kelab terkemuka England itu beraksi di Stadium Negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Sukan Singapura Manu Sawhney, yang juga pengarah di kelab tersebut, mendedahkan berita itu dalam satu temuramah dengan akhbar The Straits Times hari ini.

Encik Sawhney berkata, pengarah komersial Manchester United, Encik Jamie Reigle, telah mengunjungi Hab Sukan Singapura dan beliau amat tertarik dengan kemudahan yang disediakan.

Encik Sawhney, yang menyertai Hab Sukan Singapura Oktober lalu, memberitahu Encik Reigle adalah menjadi impiannya untuk membawa kelab Red Devils itu ke Singapura.

Laporan lanjut di laman web The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg