Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa cekal jalani pemulihan - 3 tahun selepas nahas jalan raya

Aug 15, 2022 | 5:30 AM
PENUH KASIH SAYANG: Encik Mohammad Razib dan isteri Cik Anisah memberi sokongan kukuh kepada anak mereka, Cik Nuruljannah, membantunya dalam proses pemulihan. - Foto LIANHE ZAOBAO
PENUH KASIH SAYANG: Encik Mohammad Razib dan isteri Cik Anisah memberi sokongan kukuh kepada anak mereka, Cik Nuruljannah, membantunya dalam proses pemulihan. - Foto LIANHE ZAOBAO -

KEHIDUPAN Cik Nuruljannah Mohammad Razib sekeluarga berubah sepenuhnya sejak gadis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan otak traumatik yang serius akibat satu nahas jalan raya tiga tahun lalu.

Cik Nuruljannah, yang merupakan pelatih paramedik Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF), ketika itu bersama seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) SCDF sedang dalam perjalanan ke sebuah acara kerja pada 11 Februari 2019 apabila motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Bartley Road East.

Akibat kemalangan itu, Cik Nuruljannah yang membonceng motosikal itu, mengalami kecederaan serius.

Hari ini - tiga tahun kemudian - Cik Nuruljannah masih menjalani proses pemulihan dan telah mencapai beberapa peningkatan besar.

Menurut ibu bapanya, Encik Mohammad Razib Samsudin dan Cik Anisah Salim, kedua-duanya 53 tahun, peningkatan itu termasuk keupayaan berdiri dengan bantuan hingga 10 minit dan boleh memberi tumpuan lebih baik menggunakan matanya.

Proses pemulihan Cik Nuruljannah masih berterusan namun mujur, beliau mendapat sokongan kukuh daripada keluarganya serta jururawat, pembantu rumah dan karyawan perubatan yang merawat dan menjaganya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg