Mangsa nahas kesal naik motosikal tanpa lesen walau dapat pampasan
Premium
Mangsa nahas kesal naik motosikal tanpa lesen walau dapat pampasan
Mar 17, 2017 | 5:30 AM
LUMPUH DARI PARAS DADA KE BAWAH: Encik Aziz akan mendapat ganti rugi $690,000 bagi nahas yang menimpanya enam tahun lalu. Beliau kini hanya mampu menonton televisyen dan video di YouTube dan tidak lagi boleh berolah raga seperti bermain bola sepak atau berenang. - Foto KHALID BABA -
GARA-GARA ingin cepat kerana tidak mahu terlambat ke majlis cukur rambut cucu pertamanya, Encik Aziz Dolah, 59 tahun, kini lumpuh dari paras dada ke bawah akibat satu kemalangan jalan raya.
Meskipun datuk empat cucu yang sebelum ini aktif bergiat dalam pelbagai sukan itu berasa kesal, beliau lega kerana akhirnya dapat menutup tirai episod hitam dalam hidupnya itu.

