Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan Anggota Parlimen Ariff Suradi meninggal dunia

Feb 25, 2014 | 12:33 PM
KEMBALI KE RAHMATULLAH: Bekas anggota parlimen bagi kawasan undi Kembangan, Allahyarham Ariff Suradi, meninggal dunia pagi tadi. Jenazahnya akan dikebumikan hari ini. - Foto
KEMBALI KE RAHMATULLAH: Bekas anggota parlimen bagi kawasan undi Kembangan, Allahyarham Ariff Suradi, meninggal dunia pagi tadi. Jenazahnya akan dikebumikan hari ini. - Foto -

MANTAN anggota parlimen Parti Tindakan Raykat (PAP) Haji Mohamed Ariff Suradi meninggal dunia pagi tadi di Hospital Besar Singapura pada usia 84 tahun.

Beliau meninggalkan lima orang anak, 16 cucu dan dua cicit.

Allahyarham Haji Mohamed Ariff merupakan generasi pertama pemimpin Melayu PAP yang mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Umum 1963 apabila beliau memenangi kawasan undi Kampong Kembangan, ketika itu kubu kuat parti Umno Singapura.

Haji Mohamed Ariff memenangi pilihan raya bagi kawasan undi Kampong Kembangan pada 1968 dan 1972.

Allahyarham merupakan pemimpin kesatuan sekerja sebelum menceburi bidang politik.

Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Tanglin Tinggi dan Kota Raja; berpendidikan Inggeris di sekolah Inggeris di Monks's Hill dan Victoria.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg