Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mantan CEO EduCity@Iskandar dilantik pengerusi baru RTS Operations

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan CEO EduCity@Iskandar dilantik pengerusi baru RTS Operations

Apr 07, 2024 | 02:14 PM



RTS Operations, usaha sama antara Prasarana Malaysia dan SMRT Corporation untuk mengendalikan khidmat kereta api Johor- Singapura, RTS Link, telah melantik mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EduCity@Iskandar, Datuk Khairil Anwar Ahmad, sebagai pengerusi.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Mohd Farid Mohd Adnan mulai 1 Mac, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTS Operations pada 7 April.

“Pelantikan ini adalah satu penghormatan dan saya komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan lembaga dan pengurusan RTS Operations untuk melaksanakan projek RTS Link.

“Saya amat prihatin dengan skala dan kepentingan strategik projek itu dalam membawa manfaat yang besar untuk Malaysia dan Singapura dan dalam mengukuhkan lagi hubungan yang berakar umbi dan rapat antara kedua-dua negara,” kata Datuk Khairil Anwar, seorang jurutera.

Projek RTS Link adalah sebuah rangkaian kereta api komuter sepanjang kira-kira empat kilometer yang mempunyai dua stesen – satu di Bukit Chagar, Johor Bahru, dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Ia dijadualkan mula beroperasi pada penghujung 2026, dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam di setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen.

Aset operasi RTS Link termasuk kereta api, landasan dan sistem, akan dimiliki RTS Operations, yang juga bertanggungjawab dalam reka bentuk, membina dan membiayai aset tersebut.

Ia juga akan mengendalikan dan menyelenggara laluan kereta api antara Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North di Singapura.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Naib Pengerusi RTS Operations, Encik Yap Kim Wah, mengalu-alukan pelantikan Dr Khairil Anwar ke dalam lembaga pengarah syarikat tersebut.

“Memandangkan rekod prestasi korporatnya yang cemerlang, beliau pastinya akan dengan cepat menambah bukan sahaja kepakaran teknikal yang berharga kepada Lembaga, tetapi juga dalam mengemudi pasukan pengurusan untuk berjaya menyampaikan projek penting yang mempunyai kepentingan negara yang besar ini,” kata Encik Yap.

Menurut kenyataan tersebut, Datuk Khairil Anwar merupakan seorang Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan berpengalaman hampir 40 tahun.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1985 di Lembaga Letrik Negara (LLN) dan telah bekerja dengan pelbagai organisasi dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk dalam pengurusan projek, pembinaan, pembangunan hartanah, perbankan (pemulihan hutang korporat) dan perundingan kejuruteraan.

Sebelum pelantikannya sebagai Pengerusi RTS Operations, Datuk Khairil Anwar pernah berkhidmat dengan Iskandar Investment Berhad (IIB), anak syarikat Khazanah Nasional Berhad. Beliau mendukung jawatan Presiden dan CEO Medini Iskandar Malaysia.

Semasa di IIB, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah di beberapa syarikat termasuk usaha sama dengan EPF, Sunway Group, Mitsui & Co. dan Mubadala Group.

Pada 11 Januari, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Anwar Ibrahim, telah bertemu untuk menandakan selesainya tempoh sambungan bagi RTS Link Johor Bahru-Singapura.

Kira-kira dua pertiga daripada kerja-kerja prasarana awam RTS Link di bahagian Singapura telah siap manakala di pihak Malaysia pula, projek itu telah mencapai tahap kesiapan sebanyak 65 peratus sehingga 31 Disember 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >