Topik diikuti
Pergi ke BHkuMantan CEO PPIS sudah rancang undur diri dari hari pertama
Tiga wanita yang kami paparkan dalam ruangan ini menceritakan pengalaman mereka menghadapi cabaran hidup, meneroka peluang baru dan memperkasa wanita lain. Berita Harian memaparkan kisah mereka - seorang bekas pemimpin sebuah pertubuhan wanita, seorang perintis kumpulan sokongan untuk wanita dan seorang ibu yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) di halaman ini dan halaman berikut.
SEMANGATNYA PERJUANG ISU WANITA MASIH TERUS MEMBARA: Cik Maznah masih tetap prihatin tentang isu sosial yang dihadapi masyarakat, khususnya keperluan warga tua, penjaga mereka serta golongan belia. Pada masa yang sama, semangat memperjuang isu wanita masih terus membara dalam dirinya. - Foto KHALID BABA -
Jul 4, 2016 | 5:30 AM
Setelah letak jawatan, Maznah jaga ibu sakit hingga hembusan nafas terakhir ibunya
DARI awal lagi, Cik Maznah Masop sudah merancang akan mengundur diri setelah tujuh tahun menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
