Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan hakim Mahkamah Rayuan meninggal dunia

Jan 14, 2024 | 6:26 PM
TINGGALKAN LEGASI: Encik Thean yang meninggal dunia pada usia 90 tahun, pada 14 Januari, sumbang kepada beberapa penghakiman mahkamah rayuan yang akan kekal berpengaruh pada masa akan datang.
TINGGALKAN LEGASI: Encik Thean yang meninggal dunia pada usia 90 tahun, pada 14 Januari, sumbang kepada beberapa penghakiman mahkamah rayuan yang akan kekal berpengaruh pada masa akan datang. - Foto RHTLAW ASIA

Mantan hakim mahkamah rayuan, Encik Thean Lip Ping, telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, pada 14 Januari.

Dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi pada 1984, beliau berbakti selama 18 tahun di Mahkamah Agung, termasuk sedekad sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Mendiang juga merupakan antara dua hakim pertama yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan selepas Singapura mencapai kemerdekaan pada 1993, bersama Encik Mootatamby Karthigesu.

Mendiang meninggalkan kesannya pada banyak bidang dalam undang-undang Singapura sepanjang kerjayanya.

Ini termasuk dalam bidang undang-undang pentadbiran, perlembagaan, komersial dan perkahwinan.

Apabila mendiang bersara pada 2002, Peguam Negara ketika itu, Encik Chan Sek Keong, berkata mendiang telah menyumbang kepada beberapa penghakiman mahkamah rayuan yang akan kekal berpengaruh pada masa akan datang.

Ini termasuk kes melibatkan Chng Suan Tze dan Menteri Ehwal Dalam Negeri pada 1988, sebuah kes penting berkaitan had perlembagaan bagi penahanan bersifat pencegahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam penghakiman itu, satu ayat yang mengesahkan bahawa semua kuasa mempunyai had perundangannya kerap menjadi rujukan dalam undang-undang awam Singapura.

Rakan kongsi pengurusan RHTLaw Asia, Encik Azman Jaafar, berkata Encik Thean berkeras mahu bekerja setiap hari walaupun tidak sihat dan sukar berjalan pada usia 80-an tahun.

Meskipun berdedikasi kepada kerjanya, mereka yang mengenalinya secara peribadi berkata beliau juga amat mementingkan keluarganya.

“Saya tidak pernah lihat sisi itu pada dirinya hingga saya melawat beliau di rumahnya danb dapat melihat sisinya yang cukup manis, bercakap dengan isterinya.

“Beliau suami yang penyayang, datuk dan bapa yang sangat baik,” ujar Encik Azman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg