Topik diikuti
Pergi ke BHkuMantan pegawai pentadbiran Majlis Pusat tampil jadi saksi pendakwa

CIK ZAINAB SENIN: Mantan pegawai pentadbiran Majils Pusat ini mengesahkan Majlis Pusat tidak membuat bayaran penuh yang diminta vendor MCC, dan menerima pinjaman $138,000 daripada Saharuddin pada 2011. - Foto TUKIMAN WARJI
Aug 18, 2016 | 5:30 AM
Mantan pegawai pentadbiran Majlis Pusat tampil jadi saksi pendakwa
MANTAN pegawai pentadbiran Majlis Pusat, Cik Zainab Senin, tampil sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes menipu projek penyalaan lampu Hari Raya (HRLU) semalam.
Dalam keterangannya, Cik Zainab, 57 tahun, memberikan gambaran tentang operasi kewangan, termasuk bayaran yang dibuat atau diterima pertubuhan itu.