SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mantan penyunting BH, DJ radio, M.I.A meninggal dunia

Mantan penyunting BH, DJ radio, M.I.A meninggal dunia

Jun 26, 2021 | 4:42 PM

Mantan penyunting BH, DJ radio, M.I.A meninggal dunia

Allahyarham Mohamed Ismail Abdullah bersama isterinya, Cik Saudah Abdul Karim
Allahyarham Mohamed Ismail Abdullah bersama isterinya, Cik Saudah Abdul Karim - Foto DILASARI MOHAMED ISMAIL

NAMA M.I.A cukup dikenali sebagai penyunting di Berita Harian (BH) selama lebih 35 tahun dan pernah menjadi deejay radio yang mengendalikan program Penyanyi Pujaan Minggu Ini (PPMI) pada 1960-an hingga 1970-an. Khabar sedih pemergian M.I.A atau nama betulnya Mohamed Ismail Abdullah, diterima kenalan dan sahabat-handai pagi Sabtu, 26 Jun 2021. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isteri dan anak-anak tercinta di rumahnya di Pasir Ris pada sekitar 3 pagi tadi. Beliau mengalami komplikasi kegagalan buah pinggang dan limfoma. Allahyarham juga pernah menghasilkan buku, Debu-Debu Sandiwara dan bertugas di pejabat konsulat Oman selepas bersara dari BH. Beliau bersara lebih 10 tahun lalu. Dihubungi, anaknya yang kedua, Cik Dilasari Mohamed Ismail, 36 tahun, jelas masih amat terkesan dengan pemergian bapanya itu. Dengan nada penuh syahdu, Cik Dilasari mengenang jasa dan kehidupan arwah bapanya itu yang "sentiasa meletakkan keluarganya dahulu sebelum apa-apa perkara lain". "Ke mana sahaja beliau pergi, mesti beliau akan ingat anak-anak dan cucu-cucunya, tak kiralah sama ada makanan atau pakaian, beliau pasti akan tanya 'nak beli apa-apa?'" katanya. Arwah bapanya itu juga merupakan seorang yang sangat murah hati dan akan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah dan suka menghulurkan bantuan juga yang sering diterapkan dalam diri anak-anaknya, tambah Cik Dilasari. Allahyarham meninggal pada usia 76 tahun dan meninggalkan seorang balu, tiga anak dan enam cucu. Laporan lanjut dalam Berita Minggu esok.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg