Mantan wanita pertama Indonesia meninggal dunia di S'pura
Mantan wanita pertama Indonesia meninggal dunia di S'pura
Jun 1, 2019 | 1:45 PM
MENINGGAL DUNIA: Cik Ani Yudhoyono menghembuskan nafas terakhirnya di NUH pada 1 Jun 2019. - Foto REUTERS
ISTERI mantan presiden Indonesia Dr Susilo Bambang Yudhoyono, Cik Ani Yudhoyono, meninggal dunia di sini pagi tadi (1 Jun).
Laman berita Kompas.com melaporkan bahawa Allahyarhamha meninggal dunia sekitar 11.50 pagi tadi di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH).
Mantan wanita pertama Indonesia itu dirawat di Singapura sejak Februari lalu bagi penyakit barah darah.
Namun, kesihatannya bertambah teruk sejak Rabu lalu.

