Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan wartawan, Rhazaly Noentil meninggal dunia

Oct 3, 2023 | 11:52 PM
TOKOH WARTAWAN: Allahyarham Rhazaly semasa gambarnya diambil di kedai Perubatan Tradisional Cina (TCM) halal di Geylang Serai.
TOKOH WARTAWAN: Allahyarham Rhazaly semasa gambarnya diambil di kedai Perubatan Tradisional Cina (TCM) halal di Geylang Serai. - Foto fail SPH

Mantan wartawan, Encik Rhazaly Noentil telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Allahyarham yang merupakan mantan Ketua Berita Melayu Televisyen dan Radio Mediacorp, menghembuskan nafas terakhir setelah mengalami masalah jantung.

Semasa dihubungi, anak ketiga beliau, Cik Suzalina Rhazaly berkata bahawa ayahnya itu telah dimasukkan hospital sejak 19 September lalu di Hospital Besar Singapura (SGH) dan kemudian Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sejak seminggu lalu ekoran masalah jantungnya.

Jenazah beliau yang sudah dibawa pulang dari TTSH malam tadi, akan dikebumikan selepas 10 pagi pada Rabu.

Allahyarham Rhazaly meninggalkan seorang balu, Cik Adeline Gan, 64 tahun; empat anak dan empat cucu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg