Topic followed successfully
Go to BHkuMartabak amal Masjid Malabar cipta rekod Singapura
Premium
Martabak amal Masjid Malabar cipta rekod Singapura
Sep 15, 2015 | 5:30 AM
Martabak amal Masjid Malabar cipta rekod Singapura

AGIHAN AMAL: Pelajar daripada Madrasah Wak Tanjong (baju putih) membantu meletakkan martabak ke dalam teksi yang dipandu oleh anggota Padi untuk diagihkan kepada golongan susah. - Foto MASJID MALABAR -
SEBANYAK 2,000 martabak lembu dan kambing diagihkan di Masjid Malabar kelmarin dan berjaya mencipta rekod di Singapura sebagai jumlah martabak terbesar diagihkan di satu lokasi.
Projek martabak amal itu berjaya mengumpulkan dana $10,000 yang akan digunakan bagi membiayai perluasan masjid yang terletak di simpang Victoria Street dengan Jalan Sultan itu. Pihak masjid telah menjual kupon berharga $10 kepada orang awam yang menderma bagi membeli martabak itu, yang dibuat oleh Restoran Victory.

