Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS, Bank of Japan perbaharui Perjanjian Swap Dua Hala demi kestabilan kewangan

May 22, 2021 | 5:30 AM
abc100bb-6de0-44ff-b5f3-b059d4814136
-

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, telah memperbaharui Perjanjian Swap Dua Hala (BSA) yang dijangka menyumbang kepada kestabilan kewangan dan menyokong hubungan dagangan dan ekonomi dua hala.

Perjanjian itu akan menolong kededua negara memenuhi keperluan kecairan dengan membolehkan mereka menukar (swap) mata wang setempat dan menerima dolar Amerika Syarikat sebagai ganti, apabila perlu, menurut kenyataan MAS dan Kementerian Kewangan Jepun semalam.

Di bawah perjanjian itu, negara ini boleh menukar dolar Singapura sehingga AS$3 bilion ($3.9 bilion) atau nilai yang sama dalam yen Jepun dari Jepun.

Jepun boleh menukar yen sehingga AS$1 bilion dari Singapura.

Ini tidak berubah sebelum perjanjian itu diperbaharui, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, BSA telah disemak semula agar ia sejajar dengan pindaan terkini terhadap Perjanjian Inisiatif Pelbagai Pihak Chiang Mai (CMIM).

Ini termasuk menyertakan kenaikan jumlah yang mungkin diminta setiap anggota dalam Perjanjian CMIM apabila tiada pemadanan daripada program disokong Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) atau 'IMF De-linked Portion', daripada 30 peratus kepada 40 peratus.

"Kededua pihak berkuasa bersetuju bahawa kerjasama kewangan dua hala yang berterusan akan menyumbang kepada kestabilan kewangan di kededua negara serta menyokong hubungan dagangan dan ekonomi dua hala yang semakin berkembang," jelas kenyataan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg