Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS keluarkan Perintah Larangan atas bekas wakil bank DBS

May 20, 2024 | 6:05 PM
Bekas wakil Bank DBS, Muhammad Hafiz Ismail, telah menerima Perintah Larangan (PO) selama lima tahun dari Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Bekas wakil Bank DBS, Muhammad Hafiz Ismail, telah menerima Perintah Larangan (PO) selama lima tahun dari Penguasa Kewangan Singapura (MAS). - Foto fail

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan Perintah Larangan (PO) selama lima tahun ke atas bekas wakil bank DBS, Muhammad Hafiz Ismail.

Arahan yang bermula 20 Mei itu dikeluarkan berikutan sabitannya akibat sengaja menghalang perjalanan keadilan oleh Mahkamah Negara, dan pelanggaran berasingan Akta Penasihat Kewangan (FAA) dan Akta Sekuriti dan Hadapan (SFA).

Hafiz dilarang menawarkan sebarang khidmat nasihat kewangan, dan menyertai bahagian pengurusan, bertindak sebagai pengarah atau menjadi pemegang saham besar mana-mana firma penasihat kewangan di bawah FAA.

Dia juga dilarang melakukan sebarang kegiatan terkawal dan mengambil bahagian dalam pengurusan, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemegang saham besar, mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di bawah SFA.

Pihak polis memaklumkan Hafiz bahawa bapa saudaranya telah ditangkap atas kesalahan berkaitan pencurian, pada Januari 2018.

Hafiz kemudian mengarahkan rakan sekerjanya untuk mengalihkan peti besi milik bapa saudaranya dari premis perniagaannya (Hafiz) bagi mengelak daripada dikesan pihak polis.

Akibatnya, dia disabitkan pada 25 Mei 2022 atas satu pertuduhan bersubahat dengan kesalahan sengaja menghalang proses keadilan dan dijatuhkan hukuman penjara seminggu.

Menurut kenyataan MAS pada 20 Mei, pada 8 September 2020, semasa Hafiz masih dalam siasatan polis atas kesalahan itu, dia telah memohon untuk menjadi pengurus perancangan kekayaan dengan DBS tetapi gagal menyatakan dalam pengisytiharan kepada DBS bahawa dirinya dalam siasatan.

DBS kemudian bergantung pada jawapan Hafiz dalam mengemukakan pengisytiharan kepada MAS bahawa dia layak dan sesuai untuk menjadi wakil bank itu.

Sabitan dan pelanggaran sedemikian mendorong MAS untuk mempercayai bahawa Hafiz tidak akan melaksanakan khidmat nasihat kewangan dan pasaran modal secara jujur, kata MAS.

Walaupun dia bukan lagi wakil yang dilantik di Singapura, PO telah dikeluarkan terhadapnya demi menjaga kewibawaan dan kepercayaan dalam sektor kewangan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg