SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

MAS lancar projek 'blockchain' bagi kaji potensi kewangan tidak berpusat

MAS lancar projek 'blockchain' bagi kaji potensi kewangan tidak berpusat

Jun 1, 2022 | 5:30 AM

MAS lancar projek 'blockchain' bagi kaji potensi kewangan tidak berpusat

TETAPKAN MATLAMAT: Menurut MAS, Projek Guardian bermatlamat membangunkan dan merintis empat bidang utama - iaitu membolehkan sekuriti digital didagangkan di pelbagai wadah seperti tukaran digital dan meneliti pendigitalan deposit menjadi token. - Foto fail
TETAPKAN MATLAMAT: Menurut MAS, Projek Guardian bermatlamat membangunkan dan merintis empat bidang utama - iaitu membolehkan sekuriti digital didagangkan di pelbagai wadah seperti tukaran digital dan meneliti pendigitalan deposit menjadi token. - Foto fail -

BANK pusat Singapura akan berganding bahu dengan industri kewangan dalam satu projek perintis untuk meneroka potensi ekonomi dan kebergunaan pendigitalan aset sebagai token.

Inisiatif Projek Guardian itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, di Sidang Puncak Asia Tech x Singapura semalam.

Ketua pegawai teknologi kewangan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Sopnendu Mohanty, berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa pengajaran daripada Projek Guardian akan dapat memaklumkan pasaran dasar mengenai peraturan yang diperlukan untuk meraih manfaat daripada kewangan yang tidak berpusat (DeFi) sementara menangani risikonya.

Proses mendigitalkan aset bernilai tinggi seperti deposit untuk menjadi token juga melibatkan token itu diasingkan dan menjadi sekuriti dalam jumlah kecil, yang diwakili dan dilindungi dalam 'blockchain'.

Sekuriti digital dijamin oleh aset, sekali gus membezakan mereka daripada token lebih tidak menentu seperti mata wang kripto seperti Bitcoin.

'Blockchain' adalah lejar urus niaga digital yang diuruskan oleh satu rangkaian komputer menerusi satu cara yang akan menyukarkan untuk digodam atau diubah.

Ini akan membolehkan pengguna berurusan secara langsung dengan satu sama lain tanpa memerlukan bank atau pihak ketiga lain.

Dengan mendigitalkan aset kewangan, ia membolehkan lebih ramai peminjam atau pelabur mengakses aset yang sebelum ini tidak boleh diperolehi, sekali gus merangsang suasana ekonomi inklusif dan meningkatkan kecairan dalam pasaran kewangan.

Dalam perkhidmatan kewangan, kontrak bijak atau program komputer yang menggunakan 'blockchain' membolehkan urus niaga kewangan seperti memberi pinjaman dan perdagangan dilakukan secara autonomi tanpa memerlukan pihak ketiga.

Ini yang dirujuk industri sebagai DeFi - berbanding dengan kewangan tradisional yang melibatkan pihak ketiga.

Projek Guardian akan menguji kebolehlaksanaan aplikasi dalam pendigitalan token aset dan DeFi, sementara menguruskan risikonya terhadap kestabilan dan kewibawaan kewangan, jelas MAS.

Menurut MAS, projek berkenaan bermatlamat untuk membangunkan dan merintis empat bidang utama - iaitu membolehkan sekuriti digital didagangkan di pelbagai wadah seperti tukaran digital dan meneliti pendigitalan deposit menjadi token.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg