Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masa pilihan raya bergantung kepada penilaian keadaan Covid-19: DPM Heng

Mar 12, 2020 | 9:56 AM
JEJAS WAKTU PILIHAN RAYA: Encik Heng Swee Keat berkata masa pilihan raya umum bergantung kepada penilaian terhadap keadaan Covid-19.
JEJAS WAKTU PILIHAN RAYA: Encik Heng Swee Keat berkata masa pilihan raya umum bergantung kepada penilaian terhadap keadaan Covid-19. - - Foto fail

SINGAPURA: Usaha memastikan Singapura dapat mengatasi cabaran di tengah-tengah wabak Covid-19 dan kesannya, ialah faktor utama dalam menentukan masa untuk mengadakan pilihan raya umum, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (11 Mac).

"Sekiranya anda menghadapi cabaran besar, maka anda pasti ingin meluangkan masa untuk mengatasi cabaran ini.

"Oleh itu, persoalan utama adalah apakah cabarannya akan menjadi lebih besar sekarang atau akan cabarannya menjadi lebih besar setahun dari sekarang?"

"Oleh itu, bergantung kepada penilaian kami terhadap keadaan dan saya membincangkan (hal ini) dengan PM. PM akan menyatakan pemikirannya," kata Encik Heng, merujuk kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

DPM Heng, yang juga Menteri Kewangan, bercakap kepada media di Singapore Press Holdings, dalam perbincangan meja bundar anjuran The Straits Times dan The Business Times, dan dalam temu bual dengan stesen radio SPH Money FM 89.3.

Beliau telah ditanya tentang masa pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan sebelum April 2021, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg