Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasagos alu-alu lebih ramai boleh solat Jumaat di empat masjid
Aug 4, 2020 | 5:30 AM
Masagos alu-alu lebih ramai boleh solat Jumaat di empat masjid
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengalu-alukan pengumuman tentang empat masjid akan menyediakan lebih banyak tempat bagi solat Jumaat mulai minggu ini.
Menerusi satu pos di Facebook semalam, beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata langkah itu sehaluan dengan usaha rintis di peringkat nasional bagi rumah ibadat.