Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos alu-alukan usaha rintis benarkan lebih ramai jemaah solat Jumaat di empat masjid

Aug 3, 2020 | 8:29 PM
4bea0efe-f8b1-4008-a3de-69656cec2852
-

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengalu-alukan pengumuman tentang empat masjid yang akan menyediakan lebih banyak tempat bagi solat Jumaat mulai minggu ini.

Menerusi satu catatan di Facebook hari ini (3 Ogos), beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), berkata langkah itu sehaluan dengan usaha rintis di peringkat nasional bagi rumah ibadat.

"Tentu sekali berita ini juga disambut baik masyarakat Islam setempat kerana masih ramai yang belum berkesempatan mengerjakan solat Jumaat. Namun, saya amat bangga dengan sikap sabar dan tabah yang ditonjolkan oleh masyarakat kita dalam perjuangan negara mengatasi Covid-19.

"Semoga berkat kesabaran, kegigihan dan doa kita bersama, lebih ramai lagi boleh solat berjemaah di masjid-masjid kita dalam masa terdekat, insya-Allah," ujarnya.

Masjid Mujahidin, Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman ialah empat masjid yang diizin menambah slot bagi solat Jumaat kepada 100 jemaah, berbanding 50 sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg