Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasagos bangga SG dapat sumbang sidang iklim
Masagos bangga SG dapat sumbang sidang iklim
Mesyuarat tidak formal peringkat menteri adalah persiapan bagi sidang utama COP-24 yang akan berlangsung di Poland pada Disember
Masagos bangga SG dapat sumbang sidang iklim
BINCANG BERSAMA: Encik Masagos (empat dari kanan, barisan depan) telah menyelaras sesi perbincangan mengenai mitigasi dengan Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) bagi Tindakan Iklim dan Tenaga, Encik Miguel Arias Canete, semasa mesyuarat menteri tidak formal mengenai perubahan iklim (Pra-COP) di Krakow, Poland, yang berakhir kelmarin. - Foto MEWR -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 26, 2018 | 5:30 AM
MENTERI Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berbangga Singapura telah diundang memberi sumbangan kepada perbincangan di mesyuarat menteri tidak formal mengenai perubahan iklim (Pra-COP) yang berakhir dengan positif di Krakow, Poland, kelmarin.
Mesyuarat itu diadakan sebagai persiapan bagi sidang utama Persidangan Pelbagai Pihak ke-24 (COP-24) yang akan berlangsung di Katowice, Poland, pada Disember.
