Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasagos bentang teras masyarakat gemilang
Ciri keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan atau '3K' dapat bantu bezakan daripada masyarakat minoriti lain
Masagos bentang teras masyarakat gemilang
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam membentangkan wawasannya bagi sebuah masyarakat Melayu/Islam Singapura yang gemilang, sambil menggesa agar dilenyapkan sebarang tanggapan negatif terhadap masyarakat.
Berucap di Perjumpaan Hari Raya Menterinya yang kedua sejak menyandang jawatan tersebut, Encik Masagos mengupas ciri-ciri '3K' yang membentuk Masyarakat Gemilang - '3K' penuh dengan ciri keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan.
