SEMASA menghadiri mesyuarat menteri di Poland, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad tidak melepaskan peluang meningkatkan hubungan kerja dengan para pemimpin dunia yang turut hadir di mesyuarat yang membincangkan usaha sejagat menangani isu perubahan iklim.

Dalam kiriman Facebooknya semalam Encik Masagos berkata beliau berpeluang bertemu Wakil Khas China bagi Ehwal Perubahan Iklim Encik Xie Zhenhua dan Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Cik Patricia Espinosa.