Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos dan Zaqy diiktiraf anugerah alumni cemerlang sekolah kejuruteraan NTU

Oct 10, 2022 | 5:30 AM
DIIKTIRAF: (Gambar atas) Encik Masagos (kanan) menerima Anugerah Alumni Cemerlang EEE 2022 daripada Naib Presiden (Inovasi dan Keusahawanan) dan Dekan Kolej Kejuruteraan NTU, Profesor Louis Phee, di majlis jamuan malam bagi alumni Sekolah EEE NTU di Hotel Pan Pacific kelmarin.
DIIKTIRAF: (Gambar atas) Encik Masagos (kanan) menerima Anugerah Alumni Cemerlang EEE 2022 daripada Naib Presiden (Inovasi dan Keusahawanan) dan Dekan Kolej Kejuruteraan NTU, Profesor Louis Phee, di majlis jamuan malam bagi alumni Sekolah EEE NTU di Hotel Pan Pacific kelmarin. -

MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, telah diiktiraf dengan anugerah alumni cemerlang dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EEE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Mereka menerima Anugerah Alumni Cemerlang EEE 2022 itu daripada Naib Presiden (Inovasi dan Keusahawanan) dan Dekan Kolej Kejuruteraan NTU, Profesor Louis Phee, di majlis jamuan malam bagi alumni Sekolah EEE NTU di Hotel Pan Pacific kelmarin.

Encik Masagos dan Encik Zaqy merupakan antara empat individu yang diiktiraf dengan anugerah tersebut tahun ini.

Dua penerima lain ialah mantan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Profesor Inderjit Singh Dhaliwal, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Continental Automotive Singapore, Encik Lo Kien Foh.

Menurut ucap jasa bagi individu yang diiktiraf dengan anugerah itu tahun ini, Encik Masagos yang lulus dari Sekolah EEE itu pada 1988 telah menyumbang secara meluas termasuk memimpin Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) melaksana skim nasional seperti Geran Bantuan Covid-19 dan Geran Pemulihan Covid-19 untuk memberi sokongan kewangan kepada golongan memerlukan semasa pandemik itu.

Di bawah kepimpinannya juga, rangka kerja M3 telah dilancarkan untuk memperkukuh penyampaian program kepada masyarakat dan memperkasa masyarakat.

"Sebagai pengiktirafan bagi sumbangan luar biasa beliau kepada sektor awam, Sekolah EEE NTU bangga dapat menyampaikan Anugerah Alumni Cemerlang EEE kepada Encik Masagos," menurut ucap jasa itu.

Encik Zaqy yang lulus dari Sekolah EEE itu pada 1999 diiktiraf bagi pelbagai detik penting luar biasa yang telah berjaya dicapainya sepanjang kerjayanya sebagai pegawai pemerintah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg