Topik diikuti
Pergi ke BHkuMasagos hadiri dialog iklim di Jerman dan Belgium
Jun 16, 2018 | 2:34 PM
Masagos hadiri dialog iklim di Jerman dan Belgium
MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menghadiri Dialog Iklim Petersberg (PCD) kesembilan di Berlin, Jerman dari 17 hingga 19 Jun 2018, dan Menteri mengenai Tindakan Iklim (MoCA) kedua di Brussels, Belgium pada 21 Jun 2018.
PCD peringkat Kementerian dan MoCA akan membincangkan langkah-langkah tindakan iklim antarabangsa dan pelaksanaan Perjanjian Paris, menjelang Persidangan ke-24 Pihak Rangka Kerja Konvensyen mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-24) pada Disember 2018.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti