Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos kagum lihat ramai orang muda niaga di bazar

Apr 24, 2022 | 5:30 AM
- Foto FACEBOOK / MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD
- Foto FACEBOOK / MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD -

MENTERI Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau kagum melihat ramai peniaga muda - lelaki dan wanita - yang sibuk berniaga di bazar Ramadan.

"Rabu lalu selepas menunaikan solat isyak dan tarawih di Masjid Sultan, saya dan rakan-rakan pemimpin Melayu - Dr Maliki Osman, Zaqy Mohamad, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Rahayu Mahzam dan Fahmi Aliman mengunjungi bazar di Kampong Glam (gambar atas).

"Seronok lihat ramai pengunjung berada di sana berjual-beli dan menikmati aneka makanan dan minuman yang ditawarkan gerai-gerai bazar dan kedai-kedai di sekeliling. Suasananya sungguh meriah. Saya dapat rasakan bagaimana masyarakat rindu dengan bazar Ramadan dan lega adanya bazar tahun ini," ujarnya di Facebooknya semalam.

Beliau menambah bahawa semangat keusahawanan yang ditonjolkan golongan muda di bazar Ramadan dapat memberi inspirasi kepada yang anak muda kita yang lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg