Masagos kongsi perjuangan S'pura harungi Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Penguasa Palestin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos kongsi perjuangan S'pura harungi Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Penguasa Palestin

Nov 28, 2020 | 10:05 PM

Masagos kongsi perjuangan S'pura harungi Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Penguasa Palestin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PERJUANGAN SEISI MASYARAKAT: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan) yang ditemani Konsultan Kanan Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Madya Steven Ooi, dalam sidang maya bersama wakil Penguasa Palestin (PA) menyifatkan situasi Covid-19 di Singapura kian menampakkan kemajuan dengan hanya kes import sahaja dikesan dengan bilangan kes masyarakat dan dormitori yang rendah, kerana langkah aktif penduduk melawan virus ini dan mengamalkan langkah jarak selamat. - Foto FACEBOOK ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD
PERJUANGAN SEISI MASYARAKAT: Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan) yang ditemani Konsultan Kanan Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Madya Steven Ooi, dalam sidang maya bersama wakil Penguasa Palestin (PA) menyifatkan situasi Covid-19 di Singapura kian menampakkan kemajuan dengan hanya kes import sahaja dikesan dengan bilangan kes masyarakat dan dormitori yang rendah, kerana langkah aktif penduduk melawan virus ini dan mengamalkan langkah jarak selamat. - Foto FACEBOOK ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD -

KEBANYAKAN kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini merupakan kes import yang dikesan sewaktu tempoh pengasingan individu dengan kes masyarakat dan dormitori kekal rendah kerana langkah aktif negara ini menentang koronavirus secara bermasyarakat.

Inilah yang dicatat Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam Facebook beliau, berhubung dengan pengalaman menghadiri sidang maya bersama Menteri Kesihatan Penguasa Palestin (PA), Cik Mai Al Kaila, pada 24 November lalu.

Sidang tersebut diadakan bagi bertukar-tukar pengalaman dalam menguruskan situasi Covid-19.

Perbincangan itu disifatkan Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sebagai berhasil dan memperkukuh lagi silaturahim.

"Saya berkongsi bahawa kebanyakan kes kami kini adalah kes import yang kesemuanya dikesan sewaktu tempoh pengasingan mereka. Bilangan kes masyarakat dan dormitori kekal rendah.

"Semua ini mampu dilakukan memandangkan langkah Singapura menentang Covid-19 adalah usaha seisi masyarakat dengan penyertaan aktif dan sokongan masyarakat Singapura yang meluas," tulisnya.

Menurut Encik Masagos lagi, langkah mengenalkan pemutus rantaian jangkitan Covid-19 pada 7 April lalu dibuat apabila jumlah kes meningkat dan sejak itu, Singapura mengambil pendekatan berfasa bagi memulakan semula kegiatan di sini.

"Sedang kami meneruskan perjalanan ke arah Fasa Ketiga bagi membolehkan lebih banyak acara dan kegiatan dengan saiz kumpulan lebih besar, kami berharap warga Singapura akan terus bekerjasama bagi mematuhi langkah jarak selamat dan pengurusan selamat serta menyokong satu sama lain bagi memastikan keselamatan Singapura dan orang tercinta dalam hidup kita terjamin," tambah beliau.

Dalam sidang maya itu, Cik Mai turut merakamkan ucapan terima kasih PA kepada Yayasan Temasek di Singapura kerana menyumbangkan 3,000 kit ujian Covid-19, Fortitude 2.0, kepada warga Palestin pada Julai 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg